Khamis, 23 Oktober 2008

Uniknya kejadian buah kurma...

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamarsebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiaprumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendahatau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berhargaRM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganyamenjadi lebih mahal.Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungangulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yangcukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakanumrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkanceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artismemperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dariTuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalamAnis julai lalu).Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah darilebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamarbetina tumbuh pada zaman Siti Maryam.Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah dimintaoleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempatdia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan olehSiti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiatkepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenagaselepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herbayang lain.Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allahs.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harusdilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaanbetina dengan debu bunga jantan).Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamarjantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokoktamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulanfebruari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamarbetina .Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan iniketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yangberbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proseskahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepadasetandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untukmenghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' olehtangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum olehtangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalahmusim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai adabeberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokoktamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan bolehdigunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokoktamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalusedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untukkegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada."Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjangia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematukatau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara danmemuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanyabangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamaruntuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga taksekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapakeunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long NormahMorad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok padatangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam."Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamarkalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia,sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adama.s. ""Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita takboleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangatsayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi denganbadan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiapkali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbaukerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kitamenguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risaulalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyumlebar.

Tiada ulasan: